MAJLIS PERSARAAN GPK KO

06 May 2010

Majlis persaraan GPK KO, En. Wan Mohd Roslan bin Wan Abdullah diadakan di Sk. Jabi pada 26 April 2010 dengan meriah dan penuh sayu. Warga SKJ meraikannya dengan penuh kemeriahan walaupun waktu itu hujan turun agak lebat. Sesungguhnya persaraan beliau suatu kehilangan besar kepada pendidikan amnya dan SKJ khasnya kerana En. Wan Mohd Roslan begitu banyak sumbangannya terhadap pendidikan.

En. Wan Roslan menandatangani surat penyerahan tugas di hadapan guru besar, En. Wan Hassan sebelum meninggalkan pekarangan Sk. Jabi

En. Wan Roslan bersama pasukan Pandu Puteri

En. Wan Roslan bersama pasukan Puteri Islam

En. Wan Roslan bersama pasukan Pengakap

En. Wan Roslan bersama pasukan PBSM


Pantun Buat Cikgu Wan Roslan

Pohon bidara tanam di taman,
Tumbuh pula pohon rumbia;
Selamat bersara Cikgu Wan budiman,
Aman sejahtera sepanjang usia.

Orang muda menangkap kelah,
Kelah dibeli habis semua;
Sekiranya ada silap dan salah,
Harap kami dimaafi jua.

Buah nangka dilupa jangan,
Gulai kari dengan kelapa;
Sebagai tanda memanjangkan kenangan,
Terimalah cenderahati tidak seberapa.

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

adibjabi@gmail.com

PENAFIAN

PENAFIAN:Admin Blogger tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.Copyright © 2008 SK Jabi. All rights reserved

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP