SAMBUTAN HARI GURU 2010

23 May 2010

Barisan Pentadbir Sekolah bersama Pengerusi PIBG SkJabi Tn.Hj.Yusof
GB En.Wan Hassan sedang memberi ucapan sempena Hari Guru..........
PKI Pn Yamna membaca Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia.............
PKHEM En.Ab.Razak membaca perutusan Pengarah Pelajaran Malaysia............
Ucapan semangat dan kata-kata peransang dari Pengerusi PIBG Tn.Hj.Yusof...........
Barisan Guru-Guru Lelaki sedang menyanyi lagu'Kami Guru Malaysia'............
Begitu juga Guru-Guru perempuan sama-sama turut menyanyi sempena Hari Guru 2010..........

Murid-Murid Sk Jabi sedang mendengar nyanyian daripada Guru-Guru.................

....................................... KEK HARI GURU ......................................


Guru Besar En Wan Hassan sedang memotong kek................
























Aksi Guru-Guru sempena sambutan Hari Guru 2010.....................







Murid-Murid dari kelas PKBP juga tak ketinggalan membuat persembahan Dikir Barat untuk menghiburkan Guru-Guru...............







Read more...

Persiapan Sempena Hari Guru 2010

19 May 2010







Guru-Guru dan Kakitangan sekolah sedang sibuk membuat persiapan sempena sambutan Hari Guru yang akan di adakan pada Hari Ahad(16 Mei 2010)

Read more...

GOTONG ROYONG PERDANA

18 May 2010

Murid-murid sedang membersihkan peralatan masing-masing setelah selesai aktiviti membersih kelas sempena "Gorong Royong Perdana"-Hari Guru 2010.







Cikgu Siti Aisyah tekun menampal poster dibantu oleh murid-muridnya




15 Mei.... semua guru, kakitangan serta murid-murid sekolah bekerjasama membersih dan mencantikkan kawasan sekolah, bilik darjah serta kawasan-kawasan sekitar bagi mewujudkan persekitaran yang bersih serta harmoni, seterusnya meraikan sambutan Hari Guru yang akan diaadakan keesokan harinya...




Read more...

MAJLIS PERSARAAN GPK KO

06 May 2010

Majlis persaraan GPK KO, En. Wan Mohd Roslan bin Wan Abdullah diadakan di Sk. Jabi pada 26 April 2010 dengan meriah dan penuh sayu. Warga SKJ meraikannya dengan penuh kemeriahan walaupun waktu itu hujan turun agak lebat. Sesungguhnya persaraan beliau suatu kehilangan besar kepada pendidikan amnya dan SKJ khasnya kerana En. Wan Mohd Roslan begitu banyak sumbangannya terhadap pendidikan.

En. Wan Roslan menandatangani surat penyerahan tugas di hadapan guru besar, En. Wan Hassan sebelum meninggalkan pekarangan Sk. Jabi

En. Wan Roslan bersama pasukan Pandu Puteri

En. Wan Roslan bersama pasukan Puteri Islam

En. Wan Roslan bersama pasukan Pengakap

En. Wan Roslan bersama pasukan PBSM


Pantun Buat Cikgu Wan Roslan

Pohon bidara tanam di taman,
Tumbuh pula pohon rumbia;
Selamat bersara Cikgu Wan budiman,
Aman sejahtera sepanjang usia.

Orang muda menangkap kelah,
Kelah dibeli habis semua;
Sekiranya ada silap dan salah,
Harap kami dimaafi jua.

Buah nangka dilupa jangan,
Gulai kari dengan kelapa;
Sebagai tanda memanjangkan kenangan,
Terimalah cenderahati tidak seberapa.

Read more...

BADMINTON MSSM DAERAH BESUT

02 May 2010

Kejohanan badminton MSSM Daerah Besut berlangsung di SK. Permaisuri Nur Zahirah Besut pada hari Selasa, Rabu dan Khamis (27 - 29 April). Zon Jabi elah menghantar kesemua acara yang dipertandingkan. Tiga orang daripada peserta berkenaan adalah dari Sk. Jabi.

Dalam kejohanan tersebut, Zon Jabi berjaya mendapat naib johan dalam acara perseorangan wanita dan juga bergu wanita. Ini merupakan pencapaian terbaik Zon Jabi sepanjang kejohanan badmintan MSSM Daerah bawah 12 tahun dalam beberapa tahun ini.

Pengurus merangkap jurulatih pasukan badminton Zon Jabi (Pn. Hamidah Abd. Majid) dan dua orang jurulatih lain bergambar kenangan bersama peserta badminton Zon Jabi.

Read more...

About This Blog

adibjabi@gmail.com

PENAFIAN

PENAFIAN:Admin Blogger tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.Copyright © 2008 SK Jabi. All rights reserved

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP