MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL CEMERLANG PERCUBAAN UPSR DAERAH BESUT 2010

29 August 2010







29hb Ogos 2010 - SK Jabi. Warga SK Jabi berbangga dengan pencapaian seorang anak didik yang mencapai kecemerlangan peringkat daerah Besut dalam Peperiksaan Percubaan UPSR bagi mata pelajaran Matematik.Adik Raja Muhammad Nur Fitri Raja Nordin mendapat markah 99% bagi matapelajaran Matematik. Dia juga bukan sahaja cemerlang dalam Matematik tetapi juga matapelajaran lain dan menjadi salah seorang murid harapan sekolah.

Warga SK Jabi amat berbesar hati dengan kehadiran Tn. Haji Rashid bin Idris, wakil dari PPD Besut untuk menyampaikan sijil tersebut. Diharapkan dengan kehadiran beliau dapat memberi suntikan semangat kepada murid-murid tahun 6 SK Jabi untuk menghadapi UPSR pada bulan September nanti.

Read more...

MAJLIS PENYAMPAIAN DUIT KWAPM TAHUN 2010

10 August 2010

Majlis ini berlangsung pada 9-10 ogos 2010 bertempat di surau Sk Jabi.Seramai 284 orang murid terlibat.Selaku guru besar Sk Jabi, beliau mengharapkan duit tersebut digunakan sebaik mungkin untuk kepentingan pendidikan anak-anak.




Read more...

LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID PPKI KE KUALA LUMPUR

05 August 2010






30 JUN 2010 - Pergi...Menaiki kapal terbang dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur
- Menginap di Masjid Al-Ghufram, Taman Tun Dr. Ismail.
31 JUN 2010 - Ke Taman Pertanian Malaysia (taman 4 musim)
01 JUL 2010 - ke Taman Air KLCC untuk memberi peluang kepada murid-murid mandi manda dan berseronok sebelum pulang.
- Pulang.... menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu

Read more...

MINI KARNIVAL, PERTANDINGAN MEWARNA ANJURAN BANK RAKYAT

01 August 2010


Pada hari ini 31 Julai 2010, Pertandingan Mewarna Anjuran Bank Rakyat Cawangan Jerteh telah diadakan bertempat di Dewan Gong Kemuntung, Jerteh. Pertandingan yang merupakan Mini Karnival anjuran Bank Rakyat ini telah disertai oleh lebih kurang 800 penyertaan turut disertai oleh 20 pelajar dari SK Jabi di bawah kelolaan En.Mohamad Adib selaku penyelaras.


Pertandingan dibahagikan kepada 3 kategori iaitu kategori Pra dan Tadika, Kategori Tahap Satu dan Kategori Tahap Dua.




Karnival yang bermula pada jam 8.30 pagi itu turut diserikan dengan pelbagai acara seperti persembahan nasyid Nur Iman, pelajar dari Tadika Dun Kota Putera, Pesembahan Boneka Tangan, Kuiz Bank Rakyat, Chicken Dance dan Word Puzzle.



Pn.Amiza selaku orang kuat Mini Karnival bersama Si Nuri, maskot Bank Rakyat.





Tahniah dan syabas kepada kedua adik beradik Nur Izzah Athierah bt Azman dan Alia Najihah bt Azman kerana berjaya meraih tempat saguhati dalam kategori tahap satu. Juga tahniah kepada En.Azman dan Puan Che Bidah.



Read more...

About This Blog

adibjabi@gmail.com

PENAFIAN

PENAFIAN:Admin Blogger tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.Copyright © 2008 SK Jabi. All rights reserved

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP