SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SK JABI 1432H/2011M

28 February 2011

Read more...

TEMASYA SUKANEKA 2011

23 February 2011
















Read more...

LARIAN 1 MALAYSIA

18 February 2011

Pada hari ini 17 Februari 2011, SK Jabi sekali lagi telah berjaya mengadakan larian di peringkat sekolah yang lebih dikenali dengan nama "Larian 1 Malaysia". Larian ini diadakan sebagai satu aktiviti yang diharap akan dapat menanam dan memupuk minat murid tentang kepentingan menjaga kesihatan fizikal selain dari memenuhi jadual tahunan unit kokurikulum.

Larian ini melibatkan semua murid SK Jabi dalam setiap tahun termasuk Kelas Pra Sekolah dan Kelas PPKI. Upacara melepas peserta larian yang jarak maksimunnya hampir 4.8 km jauhnya ini telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar pada jam 8.40 pagi di padang sekolah yang turut disertai oleh semua guru, kakitangan sekolah, guru KAFA dan juga melibatkan Pasukan Polis Bantuan dan Polis Trafik.

Para peserta menjalankan senamrobik sebelum memulakan larian.


Tuan Guru Besar melepaskan peserta untuk larian.

Disekitar larian 1Malaysia SK Jabi 2011.







Read more...

PENYAMPAIAN WANG ZAKAT BANK RAKYAT

14 February 2011

Alhamdulillah syukur, sekali lagi pihak Bank Rakyat Cawangan Jerteh telah bermurah hati menyampaikan sumbangan wang zakat kepada murid-murid miskin dan yatim SK Jabi. Pada tahun ini seramai 120 orang murid telah terpilih untuk menerima sumbangan berbanding seramai 167 murid pada tahun 2007.

Setiap murid menerima RM 100 setiap orang yang membawa jumlah RM 12,000. Sumbangan ini telah disempurnakan oleh En. Alidan b Mustafa, Ketua Unit Pembiayaan, Bank Rakyat Cawangan Jerteh.

Majlis akad dan penerimaan wang zakat dari pihak bank kepada SK Jabi telah disempurnakan oleh Pn.Hjh.Yamna bt Hj.Amin, GPK pentadbiran sebagai wakil pihak sekolah.


Para ibubapa yang mewakili anak-anak menerima sumbangan daripada En.Alidan.

Sebahagian daripada ibubapa penerima sumbangan pada hari ini.

Adalah diharapkan dengan adanya sumbangan ini akan menyemarakkan lagi semangat muri-murid untuk terus mengejar kejayaan. Keadaan ini bertetapan dengan hasrat pihak kerajaan untuk melihat sektor swasta sama-sama berganding bahu untuk pembangunan negara dan pembangunan modal insan.

Read more...

MAJLIS PENYAMPAIAN EBOOK PERINGKAT ZON JABI

10 February 2011

Majlis penyampaian e-book sumbangan Kerajaan Negeri Terengganu kali ke-3 untuk murid tahun lima sekolah-sekolah Negeri Terengganu peringkat Zon Jabi telah disempurnakan pada hari ini, Khamis 10hb. Februari 2011 bertempat di SK Bukit Jerok.

Majlis yang berlangsung pada jam 2.30 petang telah disempurnakan oleh YB Tn.Haji Ramlan b Ali, Adun Jabi. Dalam majlis tersebut sebanyak 561 buah ebook telah dibahagi-bahagikan kepada murid tahun lima di 13 buah sekolah kebangsaan di Zon Jabi.

Sekolah Kebangsaan Jabi yang diketuai oleh En.Sanusi b Yusuf, GPK Kokurikulum telah menerima sejumlah 75 buah ebook yang masing-masing sebanyak 69 buah kepada murid aliran perdana dan 6 buah murid PPKI.


Turut hadir di majlis tersebuat ialah Ybgh Tn.Hj.Baharudin b Ibrahim, Pegawai Pelajaran Daerah Besut diiringi oleh semua guru besar sekolah-sekolah Zon Jabi.



Sebahagian dari ibubapa murid-murid yang menerima sumbangan tersebut.

Cik Azradila Mohd Bakri, EIO SK Jabi.

Diharapkan dengan adanya sumbangan ini akan melahirkan lebih ramai murid yang celik IT di Negeri Terengganu khasnya di Zon Jabi. Sumbangan ini juga diharap agar akan merealisasikan hasrat Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu untuk Melastarikan Pendidikan Terbilang di Negeri Terengganu, seterusnya menjadikan Negeri Terengganu sebagai Anjung Ilmu dan Daerah Besut sebagai Bumi Ulul Albab.

Read more...

About This Blog

adibjabi@gmail.com

PENAFIAN

PENAFIAN:Admin Blogger tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.Copyright © 2008 SK Jabi. All rights reserved

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP