SAMBUTAN HARI KELUARGA SK JABI 2011

19 October 2011

Alhamdullilah, Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya SK Jabi telah berjaya mengadakan Sambutan Hari Keluarga SK Jabi 2011. Sambutan yang julung-julung kali diadakan ini telah berjaya merealisasikan harapan Tuan Guru Besar, En. Wan Hassan b Wan Ahmad sebagai satu agenda Memasyarakat Pendidikan di samping mewujudkan satu hubungan silatulrahim yang baik antara keluarga besar SK Jabi.

Program yang dijadualkan pada 15 Oktober 2011 ini telah diadakan di Lata Belatan bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang. Sambutan ini telah melibatkan semua warga SK Jabi termasuk pihak pengurusan, guru-guru, guru kafa, kakitangan kerajaan dan swasta juga pengurusan kantin, bersama pasangan dan anak-anak masing-masing yang berjumlah lebih 300 ahli.

Sambutan dimulai dengan ucapan Tuan Guru Besar diikuti oleh acara sukaneka, jamuan makan dan penyampaian hadiah cenderamata.

Adalah diharapkan dengan adanya sambutan ini akan lebih mengeratkan lagi silatulrahim antara keluarga SK Jabi semoga bergembira selalu.











Read more...

About This Blog

adibjabi@gmail.com

PENAFIAN

PENAFIAN:Admin Blogger tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.Copyright © 2008 SK Jabi. All rights reserved

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP